Saturday, September 5, 2015

Filled Under: , , , ,

Kebakaran Tokong Cina Air Panas KL | Sami Wanita Rentung


3 September 2015 - Air Panas, Kuala Lumpur. 3 sami wanita ditemui rentung akibat terperangkap dalam kejadian kebakaran sebuah tokong cina berhampiran PPR Kampung Baru Air Panas Kuala Lumpur.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 3.15 pagi. 10 minit kemudian... 6 buah jentera dari balai bomba dan penyelamat Setapak, Wangsa Maju, Hang Tuah dan KLCC tiba di lokasi kejadian yang diketuai oleh Abu Obaidat Mohd, Timbalan Pengarah Bomba Kuala Lumpur

Sebaik tiba.. api sedang marak dengan pantas. Tokong seluas 100 kaki persegi itu musnah seratus peratus.

Beberapa buah rumah setinggan yang berada berhampiran tokong terbabit sempat diselamatkan.

Pemeriksaan menemui kesemua mangsa berusia 60 an mati dalam bilik air.

Unit forensik bomba turut dikerahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian. Anggaran kerugian masih dalam siasatan. Mayat dibawa ke hospital Kuala Lumpur.

ENDS

0 comments:

Post a Comment