Monday, September 28, 2015

Filled Under: , ,

MKL Crimedesk | 7 DIDAKWA KES KEMATIAN ANTHONY KEVIN MORAIS

28 September 2015 - Kuala Lumpur. Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi atas dakwaan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 55. sementara itu, seorang doktor tentera didakwa di mahkamah sama atas dakwaan bersubahat melakukan kesalahan itu pada 4 september lalu.

Semua tertuduh bagi kesalahan membunuh ialah G Gunasekaran, 43; R. Dinishwaran, 23; A Thinesh kumar, 22; M. Vishwanath, 25; S Nimalan, 22 dan S Ravi Chandaran, 34. bagi tuduhan bersubahat pula, tertuduh adalah pakar patologi, kolonel Dr R. Kunaseegaran, 52. enam tertuduh berkenaan
didakwa membunuh Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas raya, Sentul ke no 1, Jalan usj1/6d, Subang Jaya pada 4 september di antara jam 7 pagi dan 8 malam. Semua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kunaseegaran pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu mengikut seksyen 109 kanun keseksaan dibaca bersama-sama seksyen 302 kanun sama, yang turut memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes berkenaan akan dipindahkan ke mahkamah tinggi. majistret siti radziah kamarudin menetapkan pada 30 november
bagi sebutan kes.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Datuk Abdul Razak Musa. Dhineshwaran diwakili peguam M Manoharan, manakala Kunasegaran diwakili peguam datuk n sivananthan. tertuduh lain tidak diwakili
peguam.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di persiaran subang mewah, subang jaya, dekat sini 16 september lalu.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 september dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran wa6264q. Pihak jabatan perubatan forensik hospital Kuala Lumpur sehingga kini belum dapat mengenal pasti punca kematian mangsa.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata waris mendiang Anthony Kevin morais enggan menuntut mayatnya disebabkan mereka ingin tahu terlebih dahulu punca kematian.

Katanya, anggota keluarga mendiang timbalan ketua bahagian bicara dan rayuan di jabatan peguam negara itu mahu mendapatkan pengesahan daripada jabatan perubatan forensik hospital kuala lumpur tentang perkara itu.

-metronewskl

0 comments:

Post a Comment