Tuesday, September 22, 2015

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | Kebakaran Kilang Kimia



12 September 2015 - Klang, Selangor. Pekerja kilang kimia melecur dan seorang pengurus gudang dikhuatiri mati manakala 3 pekerja melecur dalam kebakaran membabitkan gudang kilang kimia di Kota Kemuning, Seksyen 31, semalam. 

Kejadian jam 5 petang tadi itu berlaku ketika ramai lagi pekerja kilang sedang bertugas. Bagaimanapun berlaku kebakaran sehingga menyebabkan api marak dengan pantas.

3 buah jentera dari balai bomba dan penyelamat Kota Anggerik, Shah Alam dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian yang diketuai oleh Tuan AliMadia Muhriz, Pegawai Kanan Penguasa Bomba 2 Selangor. Sebaik tiba jam 5.34 petang berlaku beberapa letupan berikutan bahan kimia terbabit dikelaskan sebagai bahan mudah terbakar. 

Mangsa dikenali sebagai Ajay Pai Singh dirawat di zon merah dan Imran Jyltnaid dan Kamarul dirawat di zon merah kuning di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Manakala Neo Khoon Seng 55 tahun dipercayai kelihatan di kilang terbabit masih belum ditemui.

Letupan Berlaku

Gudang berkenaan menyimpan beberapa jenis bahan kimia seperti `nitrocellulose UN 2556’ (pepejal mudah terbakar) serta `afcona resin solution UN 1866’, `printing ink UN 1210’ dan `ethanol/alcohol UN 1170’, masing-masing cecair mudah terbakar. 

Kerja mengesan mangsa terbabit masih diteruskan pagi ini. Punca dan anggaran kerugian sedang disiasat. METRONEWSKL


0 comments:

Post a Comment