Monday, September 28, 2015

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | OPS Gro Asing Buki Bintang







28 September 2015 - Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Operasi mengempur pusat-pusat hiburan yang menjadi lubuk sindiket pelacuran mengaut keuntungan terus diperhebatkan...Terbaru...sebuah pusat karaoke yang menggunakan khidmat 22 orang wanita warga asing
disyaki pelacur diserbu di bukit bintang malam tadi. Kesemua mereka diberkas dalam operasi khas bahagian maksiat D7 IPK Kuala Lumpur. 


Dengan kekuatan 4 pegawai serta 18 anggota diketuai dsp Eu Kee Leong.... premis yang memuatkan lebih 100 pelanggan ketika itu turut diperiksa. Pemeriksaan mendapati wanita warga China, Thailand dan Vietnam tidak memiliki paspot dan permit sah. Risikan percaya tips yang diberikan kepada pelacur terbabit sekitar 50 hingga 100 ringgit dan khidmat seks dilakukan di hotel bajet. 

Seorang pengurus premis ditangkap bagi membantu siasatan. Polis masihmengenal pasti sindiket pelacur terlibat. Siasatan dilakukan mengikut seksyen 55 b dan seksyen 6 kurungan 1 kurungan c akta imigresen. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

-MetronewsKL

0 comments:

Post a Comment