Tuesday, December 22, 2015

Filled Under: , , , ,

MKL Crimedesk | Kanak - Kanak 4 Tahun Di Dera Sehingga Mati



21 Disember 2015 - Klang, Selangor. SEORANG KANAK-KANAK LELAKI BERUSIA EMPAT TAHUN DITEMUI MAUT SELEPAS DIPERCAYAI DIDERA OLEH LELAKI BERUSIA 39 TAHUN DI DALAM SEBUAH RUMAH DI LORONG HALIMAH, KAMPUNG SUNGAI UDANG, KLANG MALAM TADI.

KANAK-KANAK MALANG TERBABIT SUDAH MENINGGAL DUNIA SEJAK KELMARIN SEBELUM DISOROK DI DALAM SEBUAH BILIK AIR LAMA RUMAH BERKENAAN.

KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN ACP AZMAN ABDUL RAZAK BERKATA, POLIS MENGETAHUI MENGENAI KEJADIAN ITU SELEPAS MENERIMA MAKLUMAT DARIPADA JIRAN SUSPEK KIRA-KIRA 7 PETANG SEMALAM, YANG MENDAKWA LELAKI TERBABIT INGIN MEMBUANG SEORANG KANAK-KANAK YANG DILANGGARNYA DI PANDAMARAN.

SEPASUKAN ANGGOTA POLIS KEMUDIANNYA DIKEJARKAN KE RUMAH TERBABIT SEBELUM MENEMUI SATU MAYAT YANG SUDAH BERBUNGKUS DI DALAM BILIK AIR YANG SUDAH TIDAK DIGUNAKAN.

PEMERIKSAAN FORENSIK DI BADAN MANGSA POLIS MENEMUI BEBERAPA KESAN LUKA DI KEPALA DAN SELURUH BADAN DIPERCAYAI DIPUKUL.

TURUT DITEMUI, TUALA PUTIH YANG MEMPUNYAI KESAN DARAH, SEBATANG ROTAN, BATANG PAIP DAN BATANG MOP YANG DIPERCAYAI DIGUNAKAN UNTUK MEMUKUL MANGSA.

Like, Follow & Subscribes us at:
https://www.facebook.com/pages/MKLcrimedesk/742942239052042?ref=hl
http://mklcrimedesk.com/
https://twitter.com/TVmetro

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com

Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

0 comments:

Post a Comment