Wednesday, April 25, 2018

Filled Under:

IGP Suspek Kes Tembak Imam Berada Dalam Negara







Kedua-dua suspek kes tembak pensyarah dan imam warga palestin, DR. Fadi al batsh, 35, di setapak di sini pada sabtu lalu dipercayai masih berada di negara ini.

Gambar sebenar salah seorang dari dua suspek yang menembak mati pensyarah universiti kuala lumpur british malaysia institut unikl bmi dr fadi mohammed albatsh di setapak, awal pagi sabtu lalu sudah dikenalpasti

Ketua polis negara, tan sri mohamad fuzi harun berkata pengecamam itu diperolehi hasil  penemuan  motosikal digunakan suspek di belakang deretan kedai dekat danau petang semalam...

Namun identiti sebenar suspek masih dalam siasatan dan polis percaya suspek menggunakan identiti palsu semasa memasuki negara ataupun ketika berada dalam negara ini

Siasatan awal juga percaya suspek memasuki negara sejak akhir januari lalu.

Polis yakin dan percaya kedua suspek itu masih berada dalam negara.

Jelasnya motosikal jenis  kawasaki versys itu ditinggalkan dengan keadaan baik.


Dan lokasi kejadian pembunuhan dengan tempat penemuan motosikal itu hanya mengambil masa 9 minit.

Orang awam yang mengenali suspek boleh tampil menyalurkan maklumat ataupun menghubungi segera ketua jabatan siasatab jenayah kuala lumpur sac rusdi mat isa di talian 0196992261 ataupun pegawai penyiasat asp shahrizal salleh 0177134705

Dalam kejadian sekitar 6 pagi sabtu lepas pensyarah warga palestin itu ditembak dua suspek menaiki motosikal berkuasa besar.

Ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki menuju ke surau berhampiran, tidak jauh dari pintu masuk hadapan kondominium didiaminya.


Mangsa yang ditembak dengan 10 das tembakan disahkan maut di tempat kejadian.

0 comments:

Post a Comment