Wednesday, April 25, 2018

Filled Under:

Jenazah Imam Doktor Dituntut



SELEPAS lima hari, jenazah pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institut (UniKL BMI) Dr Fadi M R AlBatsh Fatma, yang ditembak dua lelaki dalam kejadian subuh Sabtu lalu akhirnya dituntut oleh adiknya Dr Rami AlBatsh, hari ini.
Jenazah Fadi dibawa keluar daripada Hospital Selayang, 12.45 tengahari tadi dalam keadaan ditutupi bendera Palestin.
Difahamkan, jenazah Fadi terus dibawa ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi disembahyangkan selepas solat Zohor.
Turut kelihatan adalah kenalan rapat, penuntut serta kakitangan UniKL BMI serta Duta Palestin di Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha.
Anwar dilihat turut menyertai konvoi kira-kira 10 kereta yang mengiringi jenazah Fadi.
Jenazah Fadi akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza, melalui Mesir menerusi penerbangan Egypt Air yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 malam ini.

0 comments:

Post a Comment