Wednesday, April 25, 2018

Filled Under:

Jenazah Imam Dr Fadli Di bawa ke masjid medan idaman setapak





Jenazah pensyarah dan imam warga palestin, dr fadi mohammed al batsh selamat disembahyangkan di surau medan idaman, setapak, di sini kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Penghormatan terakhir termasuk ahli keluarga, kenalan, pelajar allahyarham, wakil ngo dan masyarakat setempat.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (klia) untuk diterbangkan ke kaherah, mesir, dijangka pada 7 malam ini.

Jenazah dr fadi akan dibawa melalui jalan darat ke gaza yang bersempadan dengan mesir.

Daam kejadian kira-kira 6 pagi sabtu lalu, allahyarham dr fadi, 35, ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di jalan meranti, setapak, untuk menunaikan solat subuh.

Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka.


Sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kes tembak itu ditemui dekat tasik danau kota, setapak.

0 comments:

Post a Comment