Wednesday, May 16, 2018

100 Motosikal Hangus gara-gara di tegur penduduk !



Sebanyak 100 buah motosikal yang diletakkan di ruang tempat letak kenderaan di sebuah blok di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya, dekat sini musnah selepas terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kebakaran yang berlaku di blok E, D dan F tersebut memusnahkan keseluruhan motosikal yang diletakkan di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, api yang merebak turut menyebabkan bahagian bawah blok premis kediaman itu terbakar.

Menurut Azlin, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.03 pagi dan mendapati pasukan bomba berjaya memadamkan api beberapa minit sejurus tiba di lokasi.

Katanya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kejadian masih disiasat.

Monday, May 14, 2018

Jumpa Mayat Bawah Tilam ! MKL Crimedesk MKL Crimedesk






BAU BUSUK SEHINGGA MENGANGGU JIRAN TETANGGA MEMBAWA PENEMUAN MAYAT SEORANG WANITA WARGA ASING YANG SUDAH KEMBUNG DAN BERULAT MALAM TADI.

MAYAT ITU DITEMUI DI BAWAH TILAM DALAM SEBUAH RUMAH TERES DUA TINGKAT DEKAT TAMAN PERUMAHAN BUKIT SERDANG.

KETUA POLIS DAERAH SERDANG ACP MEGAT NAJMUDIN MEGAT ALIAS BERKATA.... POLIS MENERIMA PANGGILAN KECEMASAN DARI JIRAN SETEMPAT KIRA KIRA JAM 7 MALAM.

HASIL PEMERIKSAAN MENDAPATI... BADAN MANGSA YANG SUDAH HITAM ITU DIPERCAYAI MATI LEBIH DARI 2 HARI.

DAN MAYATNYA SUDAH DITUTUP DENGAN TILAM DENGAN KIPAS TERBUKA BAGI MENGELAKKAN MAYAT BERBAU.

POLIS PERCAYA TERDAPAT BEBERAPA LAGI RAKAN SUSPEK YANG TINGGAL DIRUMAH BERKENAAN NAMUN DIPERCAYAI HILANG MELARIKAN DIRI.

TIADA KESAN PERGELUTAN DAN PECAH RUMAH.

SETAKAT INI SIASATAN DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI MATI MENGEJUT.

MAYAT DIBAWA KE HOSPITAL SERDANG.

Samun Emas Dalam Pasar Raya




POLIS MEMBURU 5 PENJENAYAH YANG MENYAMUN SEBUAH KEDAI EMAS DI DALAM PASAR RAYA BESAR DI KAJANG SIANG TADI.

5 SUSPEK BERSENJATAKAN PISTOL DAN PARANG ITU SEMPAT MELARIKAN 10 DULANG EMAS BERNILAI 2 JUTA RINGGIT.

MENURUT KETUA POLIS DAERAH KAJANG ACP AHMAD DZAFFIR B.MOHD YUSSOF BERKATA... KEJADIAN DILAPORKAN JAM 1.36 PETANG TADI KETIKA 5 PEKERJA SEDANG BETUGAS.

BAGAIMANAPUN DIDATANGI SUSPEK BERSENJATAKAN PISTOL PARANG DAN DUA BILAH TUKUL.

HASIL PENELITIAN KAMERA LITAR TERTUTUP CCTV PREMIS BERKENAAN MENDAPATI.. SUSPEK YANG LENGKAP DENGAN TOPI KELEDAR PENUH DAN BERSARUNG TANGAN MEMECAHKAN 3 KOTAK PAMERAN.

KEGIATAN ITU DILAKUKAN TIDAK SAMPAI DUA MINIT.

KESEMUA SUSPEK DIPERCAYAI MELARIKAN DIRI MENGGUNAKAN SEBUAH KERETA.

SETAKAT INI TIADA KECEDERAAN DAN TEMBAKAN DILEPASKAN.

KES DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 395 DAN 397 KANUN KESEKSAAN.

ORANG AWAM YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BOLEH TAMPIL KE BALAI POLIS BERHAMPIRAN ATAU MENGHUBUNGI PUSAT GERAKAN IPD KAJANG DI TALIAN 03 87336580 BAGI MEMBANTU SIASATAN.

Penunggang Maut Di Rempuh Lori






GARA GARA ELAK KON DI LALUAN KECEMASAN SEORANG PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIGILIS LORI TRELER SELEPAS MOTOSIKALNYA BERGESEL DENGAN KENDERAAN BERAT ITU.

KEJADIAN DILAPORKAN BERLAKU KIRA KIRA JAM 12.50 PETANG DI KILOMETER 16 LEBUHRAYA BERDEKATAN SUSUR KELUAR DAMANSARA NKVE MENGHALA SELATAN.

KETIKA KEJADIAN MANGSA DIPERCAYAI YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL JENIS MODENAS KRIS GAGAL MENGELAK KON YANG BERADA DI LALUAN KECEMASAN.

AKIBATNYA.. MANGSA TERBABAS DAN BERGESEL KE TAYAR LORI TRELER BERKENAAN YANG SEDANG BERADA DI LALUAN PERLAHAN.

MANGSA DAN MOTOSIKALNYA TERPEROSOK DI BAWAH KENDERAAN BERAT BERKENAAN.

MANGSA DIKENALI SEBAGAI MUHAMAD MASOLIHIN BERUSIA 26 TAHUN MATI DITEMPAT KEJADIAN.

MAYAT DIBAWA KE HOSPITAL SUNGAI BULOH.

ORANG RAMAI YANG MENYAKSIKAN KEJADIAN BOLEH TAMPIL KE BALAI POLIS BERHAMPIRAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN.