Wednesday, May 16, 2018

Filled Under:

100 Motosikal Hangus gara-gara di tegur penduduk !



Sebanyak 100 buah motosikal yang diletakkan di ruang tempat letak kenderaan di sebuah blok di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya, dekat sini musnah selepas terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kebakaran yang berlaku di blok E, D dan F tersebut memusnahkan keseluruhan motosikal yang diletakkan di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, api yang merebak turut menyebabkan bahagian bawah blok premis kediaman itu terbakar.

Menurut Azlin, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.03 pagi dan mendapati pasukan bomba berjaya memadamkan api beberapa minit sejurus tiba di lokasi.

Katanya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kejadian masih disiasat.

0 comments:

Post a Comment