Penunggang Maut Di Rempuh Lori






GARA GARA ELAK KON DI LALUAN KECEMASAN SEORANG PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIGILIS LORI TRELER SELEPAS MOTOSIKALNYA BERGESEL DENGAN KENDERAAN BERAT ITU.

KEJADIAN DILAPORKAN BERLAKU KIRA KIRA JAM 12.50 PETANG DI KILOMETER 16 LEBUHRAYA BERDEKATAN SUSUR KELUAR DAMANSARA NKVE MENGHALA SELATAN.

KETIKA KEJADIAN MANGSA DIPERCAYAI YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL JENIS MODENAS KRIS GAGAL MENGELAK KON YANG BERADA DI LALUAN KECEMASAN.

AKIBATNYA.. MANGSA TERBABAS DAN BERGESEL KE TAYAR LORI TRELER BERKENAAN YANG SEDANG BERADA DI LALUAN PERLAHAN.

MANGSA DAN MOTOSIKALNYA TERPEROSOK DI BAWAH KENDERAAN BERAT BERKENAAN.

MANGSA DIKENALI SEBAGAI MUHAMAD MASOLIHIN BERUSIA 26 TAHUN MATI DITEMPAT KEJADIAN.

MAYAT DIBAWA KE HOSPITAL SUNGAI BULOH.

ORANG RAMAI YANG MENYAKSIKAN KEJADIAN BOLEH TAMPIL KE BALAI POLIS BERHAMPIRAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN.
Penunggang Maut Di Rempuh Lori Penunggang Maut Di Rempuh Lori Reviewed by Metronews KL on 4:59 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.