Samun Emas Dalam Pasar Raya




POLIS MEMBURU 5 PENJENAYAH YANG MENYAMUN SEBUAH KEDAI EMAS DI DALAM PASAR RAYA BESAR DI KAJANG SIANG TADI.

5 SUSPEK BERSENJATAKAN PISTOL DAN PARANG ITU SEMPAT MELARIKAN 10 DULANG EMAS BERNILAI 2 JUTA RINGGIT.

MENURUT KETUA POLIS DAERAH KAJANG ACP AHMAD DZAFFIR B.MOHD YUSSOF BERKATA... KEJADIAN DILAPORKAN JAM 1.36 PETANG TADI KETIKA 5 PEKERJA SEDANG BETUGAS.

BAGAIMANAPUN DIDATANGI SUSPEK BERSENJATAKAN PISTOL PARANG DAN DUA BILAH TUKUL.

HASIL PENELITIAN KAMERA LITAR TERTUTUP CCTV PREMIS BERKENAAN MENDAPATI.. SUSPEK YANG LENGKAP DENGAN TOPI KELEDAR PENUH DAN BERSARUNG TANGAN MEMECAHKAN 3 KOTAK PAMERAN.

KEGIATAN ITU DILAKUKAN TIDAK SAMPAI DUA MINIT.

KESEMUA SUSPEK DIPERCAYAI MELARIKAN DIRI MENGGUNAKAN SEBUAH KERETA.

SETAKAT INI TIADA KECEDERAAN DAN TEMBAKAN DILEPASKAN.

KES DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 395 DAN 397 KANUN KESEKSAAN.

ORANG AWAM YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BOLEH TAMPIL KE BALAI POLIS BERHAMPIRAN ATAU MENGHUBUNGI PUSAT GERAKAN IPD KAJANG DI TALIAN 03 87336580 BAGI MEMBANTU SIASATAN.
Samun Emas Dalam Pasar Raya Samun Emas Dalam Pasar Raya Reviewed by Metronews KL on 5:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.