MAYAT LELAKI DITEMUI TERGANTUNG

Shah Alam - 31/8/2018

Seorang lelaki berusia lewat 50-an ditemui tergantung di sepohon pokok berhampiran Kelab Golf di Glenmarie, Shah Alam pagi tadi.

Polis mengesahkan menerima laporan dari pekerja kelab golf berkenaan pada jam 8.15 pagi.


Sebaik tiba, polis mendapati leher lelaki berkenaan terjerut dengan tali yang diikat di dahan pokok.

Lelaki itu dipercayai menunggang motosikal berseorang ke kawasan kelab golf itu pada awal pagi tadi.


Turut ditemui beberapa dokumen pengenalan lelaki terbabit.


Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Mayat dibawa ke hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
MAYAT LELAKI DITEMUI TERGANTUNG MAYAT LELAKI DITEMUI TERGANTUNG Reviewed by Metronews on 12:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.