PANGGILAN ANCAMAN BOM

Petaling Jaya - 29/8/2018

Polis mengesahkan panggilan ancaman bom yang diterima di Sri Pentas, malam tadi adalah panggilan palsu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata polis yang menerima laporan kejadian pada jam 10.12 malam bergegas ke lokasi sebelum mengarahkan semua kakitangan Media Prima mengosongkan bangunan.


Katanya, panggilan berkenaan diterima daripada seorang lelaki yang mendakwa ada bom di dalam bangunan berkenaan.

Selepas kakitangan dipindahkan ke tempat selamat, pasukan unit pemusnah bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan unit anjing pengesan (k9) melakukan pemeriksaan di keseluruhan kawasan bangunan.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui dan selepas keadaan disahkan selamat, semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan kira-kira jam 1.30 pagi.


Mohd zani berkata, polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan individu yang membuat panggilan palsu terbabit dan kes disiasat mengikut seksyen 506 kanun keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
PANGGILAN ANCAMAN BOM PANGGILAN ANCAMAN BOM Reviewed by Metronews on 11:28 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.