MKL Crimedesk | OPS JPJ KL , Nombo Plate Fancy



BANGSAR, KUALA LUMPUR - 30 Julai 2018. Biarpun nampak seperti kesalahan remeh, namun impaknya dalam mengesan pemandu yang melakukan kesalahanan jalanraya atau jenayah adalah sangat besar.

No Pendaftaran FANCY

Itu adalah antara objektif Ops Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam menitik-beratkan kesalahan nombor pendaftaran fancy atau tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.


Dalam operasi di Jalan Bangsar berhampiran stesyen Transit Aliran Ringan Bangsar di ibunegara malam tadi yang mana masih ramai pemilik kenderaan didapati melakukan kesalahan itu.


Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi berkata, dalam tempoh hanya 2 jam selepas operasi bermula jam 8.30 malam, sebanyak 36 kenderaan terutamanya kereta dan motosikal dikesan menggunakan nombor pendaftaran ekstrim dan tidak mengikut spesifikasi.

Notis Untuk Pemeriksaan Semula di pejabat JPJ

Kesemua pemilik kenderaan terbabit dikenakan saman serta merta dan turut diberikan notis mengikut Seksyen 61 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu notis arah periksa kenderaan, yang mana mereka perlu datang ke pejabat JPJ untuk pemeriksaan semula.


Mereka diberi tempoh masa 10 hari daripada tarikh notis dikeluarkan. Dan jika ingkar berbuat demikian, tindakan susulan akan dikenakan terhadap mereka termasuk disenaraihitam.


Menerusi operasi yang dianggotai 55 Penguatkuasa, sebanyak 280 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalanraya atas pelbagai kesalahan lain terutamanya tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh serta cukai jalan tamat tempoh.

Saman Cukai Jalan dan Lesen Memandu Tamat Tempoh

144 saman dikeluarkan atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh manakala 125 saman untuk tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.


Keseluruhan 1,264 kenderaan diperiksa sepanjang operasi yang berakhir pada jam 10.30 malam.


Like, Follow & Subscribes us at:
https://www.facebook.com/pages/MKLcri...
http://mklcrimedesk.com/


MKL Crimedesk | OPS JPJ KL , Nombo Plate Fancy MKL Crimedesk | OPS JPJ KL , Nombo Plate Fancy Reviewed by MKL Crimedesk on 10:49 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.