SUSPEK BUAT PANGGILAN ANCAMAN BOM DIBERKAS

Petaling Jaya - 30/8/2018

Polis mengesahkan dua lelaki yang ditahan kerana dipercayai membuat panggilan ancaman bom palsu di bangunan Sri Pentas di Bandar Utama kelmarin mempunyai rekod jenayah.

Malah suspek juga pernah ditahan kerana membuat ugutan bom palsu di Plaza Temerloh pada tahun lepas.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua mereka ditahan jam 8.20 malam tadi di Temerloh, Pahang.

Selain rekod membuat ugutan bom palsu, suspek juga mempunyai rekod jenayah bagi kes mencuri.

Siasatan awal mendapati suspek pertama yang juga pesakit mental di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah mengaku membuat panggilan ke 999 pada jam 10.10 malam kelmarin.


Dia menyatakan Imam Mahadi dan pengikutnya telah meletakkan bom di bangunan Sri Pentas.

Kedua dua suspek juga adalah kenalan lama sejak 30 tahun lepas.

Kelmarin bangunan Sri Pentas di Bandar Utama dikosongkan susulan panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.
SUSPEK BUAT PANGGILAN ANCAMAN BOM DIBERKAS SUSPEK BUAT PANGGILAN ANCAMAN BOM DIBERKAS Reviewed by Metronews on 4:38 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.