BERTINDAK AGRESIF UNTUK LOLOSKAN DIRI

Kuala Lumpur - 5/9/2018

Lubuk pendatang asing tanpa izin berniaga secara haram digempur dalam ops mega 3.0 pagi tadi.

Biarpun operasi mengesan PATI diperhebatkan... Peniaga asing ini masih berani berniaga seperti biasa.


Hasil risikan 2 hari... Dalam operasi itu lebih 50 orang diperiksa.

Daripada jumlah itu 15 orang PATI yang sedang menjalankan aktiviti perniagaan ditangkap kerana tiada dokumen yang sah.


Operasi digerakkan Imigresen Kuala Lumpur bermula seawal jam 10.30 pagi itu diketuai Mohd Shahrulnizam Ismail bersama 34 pegawai dan anggota.

Ketika operasi ada peniaga asing bertindak agresif semata mata untuk meloloskan diri.


Semakan mendapati PATI lelaki itu adalah warga myanmar dan berniaga jalanan secara haram.

Operasi berakhir jam 12 tengah hari tadi.


Kesemua tangkapan dibawa ke Jabatan Imigresen Kuala Lumpur untuk dokumentasi.
BERTINDAK AGRESIF UNTUK LOLOSKAN DIRI BERTINDAK AGRESIF UNTUK LOLOSKAN DIRI Reviewed by Metronews on 5:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.