BUNUH KUCING - DUA SUSPEK DIREMAN SEORANG LAGI DIBURU

Gombak - 14/9/2018

Mahkamah Majistret Gombak membenarkan dua suspek yang dipercayai membunuh kucing bunting secara kejam dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri direman selama 4 hari.

Perintah reman dikeluarkan majistret Nurul Izzah Hassan bermula hari ini hingga 17 September.


Terdahulu dua daripada tiga lelaki yang diburu polis sejak beberapa hari lepas itu ditahan awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata suspek ditahan sekitar di Gombak.

Pihaknya kini masih lagi memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

Semalam, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.


Ketiga-tiga suspek diburu selepas mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan memasukkanya dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri di Taman Gombak Ria, 12.30 tengah malam, Selasa lalu.

Bangkai kucing berkenaan ditemui pelanggan lain pada 10.30 pagi ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan.
BUNUH KUCING - DUA SUSPEK DIREMAN SEORANG LAGI DIBURU BUNUH KUCING - DUA SUSPEK DIREMAN SEORANG LAGI DIBURU Reviewed by Metronews on 3:08 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.