GRO LEKA LAYAN PELANGGAN DISERBU

Kuala Lumpur - 27/8/2018

Salah guna pass lawatan sosial dan bekerja sebagai GRO di pusat hiburan.

Itu antara kesalahan yang dikesan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur keatas 20 wanita warga asing yang ditangkap dalam "Ops Gegar" di sebuah pusat hiburan dekat Jalan Kia Peng ibu negara malam tadi.


Operasi dilakukan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dan dibantu Jabatan Imigresen Putrajaya bermula jam 1 pagi itu turut mengejutkan lebih 100 pengunjung.

Ketika serbuan...  Kebanyakkan GRO asing ini sedang leka melayan pelanggan.


5 lelaki warga Bangladesh yang menjadi pekerja di premis itu turut ditahan atas kesalahan tiada permit kerja.

Hasil pemeriksaan mendapati 16 wanita warga Vietnam dan 4 Indonesia itu mendapat tips sekurang kurangnya 100 ringgit semalam.


Seorang penjaga warga tempatan ditangkap bagi membantu siasatan.


Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
GRO LEKA LAYAN PELANGGAN DISERBU GRO LEKA LAYAN PELANGGAN DISERBU Reviewed by Metronews on 10:49 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.