LAMPU AMARAN DIAKTIFKAN APABILA PREMIS DISERBU

Puchong - 4/9/2018

Biarpun menggunakan lampu amaran..  Premis hiburan di Puchong ini masih boleh dihidu pihak berkuasa.

Taktik lapuk itu masih kurang berkesan, apabila Unit Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya membuat risikan terlebih dahulu sebelum menyerbu tengah malam tadi.


Lampu amaran terbabit akan di aktifkan sekiranya premis di serbu pihak berkuasa.

Wanita warga asing yang bekerja di premis terbabit akan terus ke bilik rahsia di tingkat 1 premis.


Kira kira 15 minit masa di ambil untuk mencari dan memecahkan pintu bilik rahsia terbabit.


Sebaik pintu berjaya di pecahkan, terdapat 12 wanita dan 3 lelaki warga asing bersembunyi di bilik terbabit.

Ketika serbuan dilakukan terdapat beberapa pelanggan sedang berhibur bersama gro warga asing bilik karaoke terbabit.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua mereka gagal mengemukan dokumen perjalanan diri.

Hasil serbuan itu seramai 21 wanita dan 6 lelaki warga asing di tahan.


Turut di tahan seorang wanita tempatan penjaga premis.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
LAMPU AMARAN DIAKTIFKAN APABILA PREMIS DISERBU LAMPU AMARAN DIAKTIFKAN APABILA PREMIS DISERBU Reviewed by Metronews on 9:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.