MENYOROK BAWAH KATIL ELAK DICEKUP

Pudu - 7/9/2018

Taksub berhibur sehingga tak sedar kehadiran pihak berkuasa... Itu antara situasi yang sempat dirakam ketika Op Mega 3.0 di dua sarang wanita warga asing ini mencari pendapatan mudah.


Operasi di sebuah pusat karaoke dan pusat urut di Jalan Pudu ibu negara.

Hasil serbuan serentak...
10 GRO asing bersama 2 lelaki warga bangladesh diberkas.


Dengan kekuatan 23 penguatkuasa Jabatan Imigresen Putrajaya termasuk 3 pegawai kanan...  Lokasi itu berjaya dikepong biarpun ada cubaan menyembunyikan diri di bawah katil.


Risikan mendapati kedua dua premis itu hanya bersebelahan 200 meter... Dan dipercayai wujud kegiatan pelacuran selepas berhibur di pusat karaoke berkenaan.


Semakan mendapati 2 wanita warga Vietnam dan 8 China itu menawarkan servis GRO dan urut dengan tips 300 ringgit setiap pelanggan.

2 lelaki dan 2 wanita tempatan dipercayai penjaga turut diberkas bagi membantu siasatan.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Operasi berakhir jam 3 pagi tadi.
MENYOROK BAWAH KATIL ELAK DICEKUP MENYOROK BAWAH KATIL ELAK DICEKUP Reviewed by Metronews on 11:27 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.