PATI MENYOROK BAWAH RUMAH KONGSI

Shah Alam - 8/9/2018

Markas warga asing terus digempur Imigresen....

Dan malam tadi...  Lebih 123 warga asing diperiksa dalam ops mega 3.0 dekat sebuah tapak penbinaan Setia Alam Shah Alam awal pagi tadi.


Operasi digerakkan Jabatan Imigresen Shah Alam bermula jam 1 pagi tadi berhasil dengan 26 tangkapan pati.

Ketika serbuan..  90 pegawai dan anggota terpaksa mengepung dan memeriksa kawasan rumah kongsi terbabit.


Ada yang cuba meloloskan diri di kawasan semak.

Malah tindakan segelintir PATI yang menyorok di bawah rumah kongsi... Gagal.


Semakan mendapati.. 4 wanita dan 18 lelaki Indonesia... Serta 7 Bangladesh tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Separuh daripadanya tinggal lebih masa.


Kesemua tangkapan dibawa ke Jabatan Imigresen Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Operasi berakhir jam 3 pagi.
PATI MENYOROK BAWAH RUMAH KONGSI PATI MENYOROK BAWAH RUMAH KONGSI Reviewed by Metronews on 12:15 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.