PEGAWAI KHAS TIMBALAN MENTERI DIPANGGIL BAGI KETERANGAN

Kuala Lumpur - 11/9/2018

Bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes rakaman bawah skirt wanita di sebuah kedai cermin mata di ibu kota dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 10 malam hari yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, pihak polis telah mengambil keterangan daripadanya selama kira-kira sembilan jam sebelum dibebaskan.


Jelasnya... Keterangannya diambil bagi tujuan melengkapkan siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita pada Jumaat lalu.

Rusdi Mohd. Isa berkata keperluan untuk mendakwanya bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Ke­seksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-­Kesalahan Kecil 1955 Akta 336.

Terdahu bekas pegawai tersebut diberkas bagi membantu siasatan kes rakaman video bawah skirt wa­nita di sebuah kedai cermin mata di ibu kota semalam.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada pukul 1 petang di sebuah restoran dalam kompleks beli-­belah Publika Solaris ibu negara.
PEGAWAI KHAS TIMBALAN MENTERI DIPANGGIL BAGI KETERANGAN PEGAWAI KHAS TIMBALAN MENTERI DIPANGGIL BAGI KETERANGAN Reviewed by Metronews on 6:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.