PELACUR HOTEL MEWAH DIBERKAS

Subang Jaya - 15/9/2018

Menggunakan aplikasi "Wechat" untuk meraih pelanggan bagi kegiatan pelacuran.

Sindiket turut menggunakan hotel mewah bagi melindungi kegiatan mereka.


Kegiatan pelacuran terbabit bagaimanapun berjaya di hidu pihak berkuasa.

Operasi selama 2 hari itu di lakukan sepasukan Unit Quick Responds team, Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen Putrajaya, berjaya memberkas 37 wanita warga asing yang di percayai menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar selangor.


Malam tadi sebuah hotel di Subang Jaya pula di serbu.

15 buah bilik hotel terbabit di percayai di sewa khas oleh sindiket terbabit bagi meletakkan wanita warga asing.


Modus-operadinya... pelanggan akan memilih wanita asing terbabit menggunakan aplikasi Wechat, dan membuat temu janji di hotel yang ditetapkan oleh sindiket.

Bayaran antara RM250 hingga RM500 dikenakan kepada pelanggan bagi setiap 45 minit langganan.


Ketika serbuan dijalankan ada diantara mereka yang sedang melayan pelanggan.

Lebih sejam menunggu pihak imigresen terpaksa menggunakan pihak hotel untuk membantu membuka pintu bilik yang disyaki.


Pemeriksaan terhadap bilik terbabit, terdapat puluhan kondom, jel pelincir seks dan wang tunai di dalam laci dipercayai bagi tujuan kegiatan pelacuran setiap bilik yang diserbu.

Hasilnya 12 wanita warga Monggolia, Uzbekistan, China, Thailand, Vietnam dan Indonesia berjaya di tahan.

Turut di tahan 3 lelaki dipercayai penjaga wanita warga asing terbabit.

Beberapa pelanggan turut di tahan bagi membantu siasatan.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen putrajaya untuk tindakan lanjut.
PELACUR HOTEL MEWAH DIBERKAS PELACUR HOTEL MEWAH DIBERKAS Reviewed by Metronews on 12:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.