PETUGAS TV3 MAUT NAHAS JALAN RAYA

Hulu Selangor - 21/9/2018

Seorang petugas tv3 maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di kilometer 402 lebuhraya utara selatan, Tanjung Malim menghala ke ibu negara..

Kejadian dilaporkan berlaku kira kira jam 12.30 pagi tadi.


Menurut saksi.. Mangsa menunggang motosikal jenis Honda fs150 di lorong paling kanan.

Bagaimanapun terbabas dan melanggar pembahagi jalan.


Mangsa terpelanting sejauh beberapa meter.

Mangsa yang dikenali sebagai Yuhana Md Noh berusia 39 tahun disahkan maut ditempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan.


Yuhana bertugas di bahagian pengangkutan dekat sri pentas.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk dibedah siasat.
PETUGAS TV3 MAUT NAHAS JALAN RAYA PETUGAS TV3 MAUT NAHAS JALAN RAYA Reviewed by Metronews on 10:18 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.