POLIS SERBU LUBUK PATI

Shah Alam - 9/9/2018

Lagi port Pendatang Asing Tanpa Izin digempur...

Kali ini lebih 500 warga asing dikejutkan dalam op bersepadu polis IPD Shah Alam bersama beberapa agensi penguatkuasa lain di Plaza Seri Muda dan sekitar Sri Muda siang tadi.


Aksi pati pujuk rayu dengan seribu satu alasan minta dilepaskan... Antara yang sempat dirakam.


Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata.. Operasi bersama 300 pegawai dan penguatkuasa dari Jabatan Imigresen Selangor, Jabatan Pendaftaran Negara dan Majlis Bandaraya Shah Alam berjaya mengepung beberapa lot kedai dan rumah yang disewa warga asing.

Risikan mendapati mereka bukan sahaja berniaga secara haram.


Malah kebanyakkan mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.. Tinggal lebih masa dan tiada dokumen sah.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu.. Ada pati yang turut didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing.

Hasil beberapa jam operasi.. 99 pati diberkas.


Antara warga yang dikesan.. Indonesia bangladesh nepal india dan myanmar.


Kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Sri Muda untuk dokumentasi.

POLIS SERBU LUBUK PATI POLIS SERBU LUBUK PATI Reviewed by Metronews on 8:08 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.