REMAJA MAUT KETIKA KONVOI

Hulu Selangor - 1/9/2018

Keterujaan sekumpulan remaja yang berhasrat untuk bercuti di Teluk Batik terbantut apabila salah seorang rakan konvoi bermotor maut dalam nahas kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku di kilometer 426 perpuluhan 8 lebuhraya utara selatan PLUS arah utara Bukit Tagar.


Kejadian dilaporkan berlaku jam 3.28 pagi.

Difahamkan remaja berusia 18 tahun itu tiba tiba hilang kawalan lalu terjatuh di laluan paling kanan.

Akibatnya mangsa terseret sejauh 30 meter dan maut serta merta.


Pihak ambulan yang tiba mengesahkan mangsa maut kerana kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Aiman Asyraaf Othman bekerja di petronas hentian rehat dan rawat Rawang dan tinggal di Taman Jati Rawang.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk dibedah siasat.
REMAJA MAUT KETIKA KONVOI REMAJA MAUT KETIKA KONVOI Reviewed by Metronews on 10:28 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.