BAYI MASIH BERTALI PUSAT, TIDAK BERPAKAIAN DITEMUI

Rawang - 1/10/2018

Seorang suri rumah terkejut apabila menjumpai bayi lelaki baru lahir di perkarangan rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor pagi tadi.

Shuhaida Saat 43 tahun berkata dia hanya menyedari bayi itu ditinggalkan di depan rumahnya ketika keluar untuk mengambil barang yang dihantar sepupunya kira kira jam 6 pagi tadi.


Menurutnya bayi yang masih bertali pusat itu didapati tidak berpakaian dan hanya berselimut dan dialas dengan jaket berwarna hitam.

Bayi itu diletakkan di atas kerusi yang berada di ruang depan garaj rumahnya.


Shuhaida juga bersyukur kerana keluar lebih awal daripada rumahnya. Jika lambat dia pasti bayi itu akan kesejukan dan kelaparan.

Dia yang sudah 8 tahun menetap di kawasan perumahan itu bersama anaknya, sudah memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.


Bayi itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau klinik yang merawat wanita yang baru bersalin dalam keadaan mencurigakan untuk menyalurkan maklumat dengan segera.
BAYI MASIH BERTALI PUSAT, TIDAK BERPAKAIAN DITEMUI BAYI MASIH BERTALI PUSAT, TIDAK BERPAKAIAN DITEMUI Reviewed by Metronews on 2:13 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.