BERJUDI DI PASAR PETANG

Kajang - 1/10/2018

Beroperasi secara terang terangan di tapak pasar minggu.

Sindiket judi bola golek menjadikan kawasan terbabit untuk menarik pelanggan, terutamanya warga asing.

Lokasinya di kawasan perindustrian Beranang, Kajang Selangor.


Serbuan dilakukan sepasukan polis dari bahagian maksiat, perjudian dan kongsi gelap D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor bersama polis dari Ibu Pejabat polis Daerah Kajang.

Serbuan bermula jam 6 petang.

Ketika serbuan terdapat kira kira 20 kaki judi sedang leka bertaruh.


Menyedari kehadiran polis, mereka bertempiaran lari memasuki belukar berhampiran.

Penganjur perjudian terbabit menjalankan aktiviti terbabit kira kira 2 bulan lalu, dan beroperasi setiap hari ahad.


Pihak penganjur akan membayar sepuluh kali ganda nilai pertaruhan sekiranya ada pemenang.

Hasil serbuan ini 3 lelaki tempatan dipercayai penganjur, seorang warga Nepal dan 3 warga Bangladesh dipercayai pemain berjaya diberkas.

Pelbagai alatan perjudian seperti papan  pertaruhan, bola plastik, alat penimbang dan wang tunai RM2900  dirampas.

Kesemua mereka yang di tahan di bawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.
BERJUDI DI PASAR PETANG BERJUDI DI PASAR PETANG Reviewed by Metronews on 10:07 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.