KAKI JUDI BERTEMPIARAN LARI

Petaling Jaya - 15/10/2018

Pertaruhan serendah 50 sen dan dibayar 10 kali ganda dari nilai taruhan.

Kegiatan judi bola golek sering menjadikan kawasan tapak pembinaan sebagai medan pertaruhan.


Malam tadi kegiatan itu ditumpaskan polis dari bahagian maksiat, perjudian dan kongsi gelap D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.

Lokasinya di tapak pembinaan di Taman Medan, Petaling Jaya.

Serbuan dilakukan kira kira jam 830 malam, diketuai pegawai turus D7 DSP Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.


Operasi dijalankan berikutan maklumat dan risikan sejak seminggu lalu.

Ketika serbuan rata rata kaki judi terbabit sedang leka bertaruh.

Menyedari kehadiran polis mereka bertempiaran lari.


Hasilnya 2 penganjur warga tempatan dan 6 pemain warga asing berjaya dicekup.

Turut dirampas pelbagai barangan perjudian termasuk bola dan papan perjudian serta wang tunai.


Pemeriksaan mendapati penganjur terbabit pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan sama.

Kesemua mereka di bawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

KAKI JUDI BERTEMPIARAN LARI KAKI JUDI BERTEMPIARAN LARI Reviewed by Metronews on 9:38 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.