MAT REMPIT TUNJUK AKSI ALA SUPERMAN

Kuala Lumpur - 6/10/2018

Biarpun saban minggu operasi dilakukan.... Kegiatan remaja merempit di malam minggu masih lagi dikesan terutamanya di lebuhraya yang sekaligus merisikokan nyawa orang awam.

Lebih teruk lagi... Pelbagai aksi menunggang secara merbahaya seperti ala superman dan berlumba sesama sendiri turut dirakamkan krew ketika ops samseng jalanan di sekitar ibu negara.


Buktinya...  5 penunggang remaja berusia seawal 16 hingga 19 tahun diberkas ketika berlumba di lebuhraya DUKE.

Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur turut melakukan Ops Mabuk secara serentak ke atas 5 laluan utama ibu negara termasuk Jalan Hang Tuah, Jalan Kuchai Lama, Jalan Davies dan Lebuhraya Besraya.


Menurut Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur Supritendan Sarifudin Mohd Salleh...Dengan kekuatan 7 pegawai serta 42 anggota dari unit penguatkuasaan dan unit risikan operasi JSPT Kuala Lumpur...   Seramai 36 pemandu kereta diperiksa..  Dan 9 daripadanya didapati dalam keadaan pengaruh alkohol.

Sejumlah 215 saman berjaya dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam op motosikal di Jalan Genting Klang bermula jam 11 malam.


Keseluruhan operasi berakhir jam 5 pagi.
MAT REMPIT TUNJUK AKSI ALA SUPERMAN MAT REMPIT TUNJUK AKSI ALA SUPERMAN Reviewed by Metronews on 12:35 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.