LUBUK PELACUR DIGEMPUR

Cheras - 23/10/2018

Lubuk hamba seks digempur Imigresen....

17 Wanita warga asing yang dijadikan pelacur ditangkap di sebuah spa yang terletak dalam hotel 3 bintang dekat Cheras malam tadi.


Ops Mega dijalankan Jabatan Imigresen Putrajaya berhasil selepas seminggu risikan unit operasi khas, Quick Responds Team, bahagian perisikan operasi khas dan analisa.

Operasi bermula jam 8.40 malam itu turut mengejutkan 18 pelanggan yang sedang asyik dengan layanan seks mereka.


Premis yang beralamat di Cheras ini, menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran 198 ringgit bagi setiap 45 minit langganan.

Turut ditemui kondom dan gel pelincir seks di premis berkenaan.


Hasil serbuan ini 8 wanita warga Vietnam, 4 Laos, 3 Thailand dan 2 wanita tempatan ditahan.

Turut ditahan 5 lelaki tempatan dipercayai menjadi penjaga dan 2 lelaki Myanmar dan Bangladesh sebagai pekerja premis terbabit.


Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
LUBUK PELACUR DIGEMPUR LUBUK PELACUR DIGEMPUR Reviewed by Metronews on 7:14 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.