MAT REMPIT DIUPAH RM50

Kuala Lumpur - 20/10/2018

4 Pelesit jalanan ditangkap ketika berlumba haram..

Manakala 11 pemandu mabuk ditahan.


Kesemua mereka ditahan dalam ops samseng jalanan di ibu negara malam tadi.

Operasi dikuatkuasakan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang diketuai ASP Leonard bermula jam 10 malam tadi.


Menurut Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Zulkifli Yahya, 4 remaja yang sedang berlumba haram itu diberkas ketika melakukan aksi superman di lebuhraya DUKE.

Mereka didapati berlumba haram dan diupah 50 ringgit untuk bersaing sesama sendiri.


Salah seorang daripada yang ditahan adalah pelajar institusi pengajian tinggi swasta.

Ops mabuk pula dilakukan di 4 lokasi iaitu di Jalan Syed Putra,  Jalan Sungai Besi,  Jalan Tun Razak dan Jalan Klang Lama.


Daripada 22 pemandu kereta yang diuji... 11 individu didapati dalam pengaruh alkohol.

Operasi sekatan jalan raya turut dilakukan di Jalan Raja Laut.

Sejumlah 201 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.


Tiada lesen memandu..  Lesen tamat tempoh..  Nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan ubah suai struktur kenderaan antara kesalahan utama yang dikesan.

Operasi berakhir jam 4 pagi.
MAT REMPIT DIUPAH RM50 MAT REMPIT DIUPAH RM50 Reviewed by Metronews on 10:56 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.