MAUT KETIKA MAHU MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN

Petaling Jaya - 16/10/2018

Mayat dipercayai seorang pelajar lelaki yang hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara ketika cuba membantu mangsa kemalangan membabitkan tiga lori dan sebuah kereta di Lebuhraya NKVE dekat sini, Jumaat lepas telah dijumpai.


Mayat dipercayai  Amir Hamzah Rozali 22 ditemui di Kinci Air, Bukit Naga seksyen 32 Shah Alam petang semalam.

Bagaimanapun menurut sumber proses pengecaman mayat masih dilakukan oleh ahli keluarga termasuk menunggu keputusan bedah siasat.


Dalam kejadian awal pagi 14 Oktober lepas mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan ke rumahnya di Shah Alam dari kampung Lenggong, Perak .

Mangsa dijadual menghadiri konvokesyen di Universiti Putra Malaysia pada Sabtu lepas.


Hasil maklumat saksi mereka ada ternampak mangsa yang sebelum itu cuba membantu lori pertama yang terbabas ...

Sebelum dipercayai terjatuh dari jambatan apabila sebuah lagi lori tiba tiba merempuh kenderaan di depan.
MAUT KETIKA MAHU MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN MAUT KETIKA MAHU MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN Reviewed by Metronews on 9:41 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.