SEORANG LELAKI DITEMBAK SEBANYAK 3 DAS

Kota Damansara - 15/10/2018

Tanpa sebarang motif yang pasti seorang lelaki parah ditembak sebaik keluar membeli rokok  di hadapan sebuah kedai 24 jam di Casa Tropicana, Kota Damansara petang tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira kira jam 5 petang.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata mangsa ditembak sebanyak tiga das mengenai perut dari jarak dekat.


Sebaik mangsa rebah, saspek melarikan diri dengan sebuah kenderaan berwarna putih yang dipandu rakan sejenayahnya.

Mangsa yang parah rebah bagaimanapun segera dibawa ke PPUM oleh rakan mangsa yang kebetulan melalui lokasi kejadian.


Polis sedang mengambil keterangan saksi dan juga rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti kejadian.

Mangsa masih mendapatkan rawatan.



Kes disiasat mengikut seksyen 307 kanun keseksaan.
SEORANG LELAKI DITEMBAK SEBANYAK 3 DAS SEORANG LELAKI DITEMBAK  SEBANYAK 3 DAS Reviewed by Metronews on 9:16 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.