SPA SEKS DISERBU IMIGRESEN

Puchong - 10/10/2018

2 premis yang dijadikan pusat pelacuran diserbu Jabatan Imigresen malam tadi.

Sekali pandang dari luar bangunan di premis terbabit seolah olah tidak mempunyai apa apa kegiatan salah.


Namun hasil risikan mendapati premis terbabit menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan wanita warga asing.

Premis terbabit yang terletak di Puchong Selangor di gempur jam 11 malam tadi.


Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari unit Quick Responds Team QRT Risikan dan Analisa Jabatan Imigresen Putrajaya.

Ketika serbuan terdapat beberapa pelanggan sedang mendapatkan khidmat seks di premis berkenaan.


Menyedari premis diserbu ada yang melarikan diri dengan bersembunyi di tangki air.


Pemeriksaan menemui beberapa keping kondom dan jel pelincir seks.

Premis terbabit hanya menerima pelanggan yang telah membuat tempahan melalui aplikasi we chat.

Pelanggan yang datang ke premis terbabit akan disaring sebelum dibenarkan memasuki premis.


Hasil serbuan ini seramai 46 wanita warga Vietnam dan Indonesia ditahan.

Turut ditahan 18 pelanggan, 4 penjaga serta 4 lelaki warga Bangladesh dan Myamar dipercayai pekerja premis.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
SPA SEKS DISERBU IMIGRESEN SPA SEKS DISERBU IMIGRESEN Reviewed by Metronews on 1:58 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.