MAKENIK CUBA SOGOK ANGGOTA POLIS DIDAKWA

Kuala Lumpur - 5/11/2018

Seorang mekanik yang dipercayai merasuah anggota polis telah didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, hari ini.

Tertuduh, Mohd Ferdaus Hassan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim, Azman Ahmad.


Mengikut pertuduhan, suspek telah menyogok sejumlah wang bernilai 15 ribu ringgit kepada anggota polis yang menjalankan tugas ketika operasi LEJANG yang melibatkan kes curi kenderaan.

Timbalan pendakwaraya, Afiqah Ab Razak menawarkan jaminan sebanyak 40 ribu ringgit dengan seorang penjamin.

Lelaki berusia 33 tahun itu kemudiannya dibenarkan diikat jamin dengan 10 ribu ringgit atas budi bicara hakim selepas tertuduh membuat rayuan.


Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 5 Disember depan.

Kes disiasat dibawah Akta 17 (b) akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda 5 kali ganda nilai suapan.
MAKENIK CUBA SOGOK ANGGOTA POLIS DIDAKWA MAKENIK CUBA SOGOK ANGGOTA POLIS DIDAKWA Reviewed by Metronews on 4:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.