SINDIKET JUDI ONLINE KAUT UNTUNG LEBIH RM15 JUTA

Ampang - 10/11/2018

Urusan pertaruhan antara 10 hingga 15 juta ringgit sebulan...

Itu yang dilakukan satu sindiket perjudian atas talian atau counting centre yang akhirnya berjaya dilumpuhkan Polis Selangor.


Ia hasil serbuan di sebuah premis di Prima Perdana, Ampang Selangor petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata modus operandi sindiket itu adalah beroperasi sepenuhnya secara online.

Pelanggan akan dicari melalui iklan iklan menggunakan aplikasi seperti whatsapp, we chat dan laman sosial.


Mereka yang berminat kemudian akan diberikan pautan laman web untuk melakukan pertaruhan.

Sindiket juga menggunakan Virtual Private Network VPN bagi mengelak dikesan pihak berkuasa mengenai pautan laman web yang akan digunakan untuk bertaruh.


Dalam serbuan terbabit.... 13 individu tempatan membabitkan seorang lelaki penyelia..  11 wanita dan seorang lelaki dipercayai pekerja.

Mereka dipercayai menjadi ejen untuk mencari pelanggan dan menguruskan pertaruhan .

Hasil serbuan itu juga polis merampas 17 set komputer, 3 komputer riba, 26 kad bank dan buku cek.

Kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perjudian.
SINDIKET JUDI ONLINE KAUT UNTUNG LEBIH RM15 JUTA SINDIKET JUDI ONLINE KAUT UNTUNG LEBIH RM15 JUTA Reviewed by Metronews on 5:57 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.