26 Mei 2014 - Taman OUG, Jalan Kelang Lama, KL. Walaupun demam kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2014 belum tiba ke kemuncaknya, namun pasaran mendapatkan jersi-jersi pasukan pilihan masing-masing mula meningkat.
Suasana ini telah menyebabkan sindiket penjual barangan tiruan mengambil kesempatan dengan memasarkan jersi-jersi tiruan dengan harga yang sama dengan harga pasaran tempatan.
Suasana ini telah menyebabkan sindiket penjual barangan tiruan mengambil kesempatan dengan memasarkan jersi-jersi tiruan dengan harga yang sama dengan harga pasaran tempatan.
Bagi membenteras kegiatan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur melakukan pemantauan berterusan di premis-premis kedai sekitar ibu negara.
Lot Kedai Jadi Simpanan Stok
Bagaimanapun, hasil risikan sejak 3 bulan yang lepas berjaya menjejaki dan membongkar kegiatan sebuah lot kedai yang dijadikan simpanan stok jersi tiruan di Taman OUG, Klang Lama petang tadi. Hasilnya lebih 50 ribu helai jersi tiruan pelbagai jenama bernilai setengah juta ringgit berjaya dirampas.
Pasar Malam
Turut ditahan adaah seorang pemilik tempatan. Ketika diserbu, kesemua stok terbabit sedia untuk diedarkan kepada peniaga di pasar malam sekitar ibu kota.
Menurut Tuan Rosli Ahmad, Timbalan Pengarah KPDNKK KL, kesemua stok itu dibekalkan dari Thailand. Jersi-jersi ini dijual sekitar harga RM50 hingga RM100 sepasang. Antara jenama yang dirampas adalah Puma, Adidas, Nike dan lain-lain.
Kes disiasat mengikut seksyen 8 Kurungan 2 Akta Perihal Dagangan 2011.
MKL Crimedesk | Jersi Worldcup 2014 Bernilai RM500 ribu Dirampas
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
9:15 PM
Rating:

No comments: