26 Mei 2014 - Kuala Lumpur. 2 lelaki tempatan yang terbabit dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah jenis ketamin ditangkap Jumaat lepas. Dalam serbuan itu, dadah bernilai RM727,000 berjaya dirampas.
Kejayaan itu turut mencatat sejarah kerana ia adalah kali pertama Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah jenis ketamin. Kedua-dua suspek berusia 44 dan 51 tahun dari Sungai Petani, Kedah itu ditangkap di tepi jalan Mutiara Raya jam 7:30 malam Jumaat lepas.
Kondominium mewah
Hasil pemeriksaan di dalam kereta Myvi mereka, polis menemui 2.5 kilogram dadah jenis ketamin di bahagian but kereta. 3 jam kemudian, polis menyerbu sebuah kondominium mewah di Taman Sri Hartamas, Briekfield.
Dalam serbuan itu polis menemui 15 kilogram dadah jenis ketamin di ruang tamu kondo berkenaan. Turut ditemui adalah 200 pil ektasi, bahan kimia serta alatan memproses dadah.

Dalam serbuan itu polis menemui 15 kilogram dadah jenis ketamin di ruang tamu kondo berkenaan. Turut ditemui adalah 200 pil ektasi, bahan kimia serta alatan memproses dadah.

"Menurut Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, suspek ditahan reman selama 7 hari sehingga 30 Mei ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952".
MKL Crimedesk | Makmal Mini Ketamin Terbongkar
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
9:34 PM
Rating:

No comments: