www.mklcrimedesk.com

Kilang Bihun Cap Masjid Musnah Terbakar







Kilang bihun cap masjid yang pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor, menjijikkan serta masalah status halal, musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Kilang Berhampiran Turut Musnah


Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi.  Kebakaran di Batu 7 Jalan Ipoh ini turut memusnahkan empat lagi kilang yang terletak berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai terbabit dengan operasi memadam.

"Api marak dengan cepat kerana setibanya bomba dilokasi kejadian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit," jelas Azrul.

Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran.  



Tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Hasil serbuan sebelum ini, premis diarah tutup selama dua minggu sementara siasatan dilakukan. Pemiliknya bagaimanapun mengesyaki kejadian ini ada unsur khianat dan satu laporan polis akan dibuat.



Kilang Bihun Cap Masjid Musnah Terbakar Kilang Bihun Cap Masjid Musnah Terbakar Reviewed by Mkl Crimedesk on 2:00 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.