www.mklcrimedesk.com

MetronewsKL | 2 Keldai Bawa Dadah Bernilai RM3 Juta Dicekup



3 Jun 2014 - KLIA, Sepang. Dua cubaan sindiket antarabangsa untuk menyeludup 15.44 kilogram dadah bernilai hampir 3 juta ringgit menerusi Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA pada minggu lepas gagal selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia menangkap dua lelaki warga asing yang berada dalam keadaan mencurigakan di balai ketibaan KLIA pada 30 dan 31 Mei lepas .

Dadah Dalam Serbuk Kopi



Dalam kes pertama Jumaat lepas, seorang lelaki warga Uzbekistan yang tiba dari Teshkent ditahan selepas imbasan terhadap bagasi dibawanya mendapati terdapat objek mencurigakan.  Pemeriksaan lanjut menemui dadah jenis methamphetamine seberat 14.4 kilogram yang bernilai 2.73 juta ringgit.  Dadah itu disembunyikan dalam serbuk kopi pelbagai jenama.


"Kes kedua dipatahkan sehari kemudian. Seorang lelaki warga Nigeria yang baru tiba dari Doha, Qatar juga didapati berada dalam keadaan mencurigakan. Imbasan terhadap bagasi dibawa juga menemui 1.42 kilogram dadah jenis methamphetamine berilai bernilai hampir 200 ribu ringgit," menurut Jabatan Kastam KLIA lagi.


Dadah itu disembunyikan di ruang tersembunyi di dalam bagasi dibawanya.




Suspek pertama berusia 50 tahun dan yang kedua berusia 36 tahun kini direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
MetronewsKL | 2 Keldai Bawa Dadah Bernilai RM3 Juta Dicekup MetronewsKL | 2 Keldai Bawa Dadah Bernilai RM3 Juta Dicekup Reviewed by Mkl Crimedesk on 8:33 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.