www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | PDRM Nafi Lantik Syarikat Kutip Saman



7 Jun 2014 - Cheras, KL. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan polis sudah mengenal-pasti seorang individu yang dengan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan potongan harga bagi saman trafik Jabatan Pengangkutan Jalan menerusi web.

Beliau berkata, Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman juga sedang mengesan beberapa lagi individu lain serta meneliti semua aspek untuk tindakan susulan.  

Diskaun bayar saman 50%


Tindakan ini dibuat selepas siasatan mendapati laman web itu sudah pun dilayari lebih 12,000 pengunjung.

"Semua butiran mereka yang berada di belakang syarikat berkenaan juga sedang diteliti dan tindakan keras perlu dilakukan pada pihak yang berkenaan yang hajat mereka adalah untuk menipu orang-ramai dan kepentingan kita adalah untuk menjaga kepentingan orang-ramai," menurut Ahmad Zahid lagi.

Semalam Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur mengesahkan ada sindiket menawarkan perkhidmatan diskaun pembayaran saman sehingga lebih 50%.  Sindiket berkenaan juga mendakwa boleh menyelesaikan masalah pesalah trafik yang disenarai hitam.
MKL Crimedesk | PDRM Nafi Lantik Syarikat Kutip Saman MKL Crimedesk | PDRM Nafi Lantik Syarikat Kutip Saman Reviewed by Mkl Crimedesk on 9:42 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.