www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | 71 Ditangkap Ops Warta



16 Jun 2014 - Kuala Lumpur. Setakat pukul 6 petang tadi, 71 pesalah trafik ditahan dalam Ops Warta Polis Trafik Kuala Lumpur yang bermula hari ini kerana gagal menjelaskan saman yang dikeluarkan waran tangkap sejak tahun 2010.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan diarahkan hadir ke mahkamah pada 23 Jun ini.  Polis kini sedang menjejak pesalah trafik dalam Ops Warta yang dilancarkan di seluruh negara mulai hari ini.

Tunggakan saman trafik RM570 juta!


Operasi itu bertujuan menyelesaikan masalah tunggakan saman trafik sejak 10 tahun yang lepas yang bermilai RM570 juta yang melibatkan 1.9 juta waran tangkap.  Daripada jumlah itu ada yang terlibat dengan lebih daripada satu waran tangkap yang dikeluarkan gagal hadir ke mahkamah.  


Di ibunegara operasi diadakan di sekitar Taman Shamelin Cheras, Taman Maharajalela dan Jalan Ipoh, Kepong dan Chow Kit.  Jika didapati senarai kenderaan dan pemandu tersenarai dalam waran tangkap, akan ditahan serta-merta dan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.

Operasi ini juga bertujuan mendidik masyarakat agar memandang serius waran tangkap yang dikeluarkan.



MKL Crimedesk | 71 Ditangkap Ops Warta MKL Crimedesk | 71 Ditangkap Ops Warta Reviewed by Mkl Crimedesk on 9:24 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.