19 Jun 2014 - Taman Tayton Cheras, Kuala Lumpur.
Degil dan tidak bertanggung jawab!!!
Itu yang dapat disimpulkan terhadap seorang pemborong barangan runcit yang turut memproses kicap tiruan jenama ABC. Walaupun pernah diserbu pada september tahun lalu, kegiatan itu masih beroperasi seperti biasa.
Botol Arak Terpakai

Dalam serbuan pukul 11 pagi tadi, sepasukan pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan PPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas lebih 6,800 botol kicap tiruan.
Rampasan 20ribu ringgit

Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, sindiket disyaki menukar modes operandi dengan menjadikan premis itu sebagai tempat pembungkusan. Manakala proses pembuatan dilakukan di lokasi lain. Pihaknya sedang mengenal pasti lokasi pemprosesan kicap tiruan itu.
Seorang lelaki berusia 40 an yang juga pengusaha kicap tiruan iti ditahan untuk diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 5 kurungan 1 kurungan C Akta Perihal Dagangan 2011.
MKL Crimedesk | Botol Arak Isi Kicap
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
11:55 PM
Rating:

No comments: