
Suspek bertindak membungkus mayat bayi tersebut dalam beg plastik dan menyimpannya dalam sebuah bagasi. Beliau lalu membawa beg tersebut ke KM3.2 Jalan Genting Hinglands dan mencampakkan bayi itu ke dalam gaung setinggi kira-kira 70 meter. Bagasi dibuang ke sebuah lokasi di Gohtong Jaya.
Lokasi Pembuangan Bayi
Suspek berusia 40an itu kemudian pulang ke asrama tersebut namun melarikan diri bersama isteri setelah ibu bayi berkenaan bertanyakan di mana bayinya berada.
Polis yang menerima maklumat menjalankan dua siri pemeriksaan di asrama itu dan menahan 12 pekerja asing di situ kerana tinggal melebihi tempoh. Suspek dan isterinya berjaya ditahan di Shah Alam semalam. Dia dibawa ke lokasi pembuangan bayi jam 9 pagi tadi dan mayat berjaya ditemui kira-kira 2 jam kemudian.
Pasukan forensik terpaksa mengambil masa kira-kira 2 jam untuk mengeluarkan mayat ekoran kedudukan lokasi yang curam dan cuaca hujan. Mayat dihantar ke hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang untuk bedah siasat.
MKL Crimedesk | Hubungan Sulit Bayi Di Bunuh
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
11:02 PM
Rating:

No comments: