30 Mei, 2014 - Kuala Lumpur. Polis menumpaskan sindiket "Black Money" terbesar di Kuala Lumpur yang melibatkan penghasilan matawang asing palsu bernilai USD35 juta atau 112 juta ringgit Malaysia.
Kejayaan itu hasil penahanan 2 lelaki warga Afrika dan kekasihnya wanita tempatan di sebuah rumah dan kondominium di Bukit Damansara pada 19 Mei lepas. Serbuan dilakukan hasil aduan seorang guru lelaku yang diminta membayar USD10 ribu atau RM32,000.00 bagi membeli bahan kimia untuk mencuci matawang Dollar itu.
Tidak Masuk Akal!
"Menurut Datuk Law Hong Soon, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur mengatakan bahawa modus operandi sindiket ini adalah dengan mengumpan mangsa dengan ayat yang tidak masuk akal dengan menambah bahawa mereka bukan setakat ada USD 7 juta ini, sebaliknya ada lagi 9 beg lagi yang belum diproses,".
Polis juga percaya suspek terlibat dengan kegiatan penipuan pelaburan emas berdasarkan rampasan 99 keping logam dan ketulan kecil logam berwarna keemasan.
Suspek disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menipu.
MKL Crimedesk | Rampasan Black Money Terbesar
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
7:21 PM
Rating:

No comments: