16 Jun 2014 - Kajang, Selangor.
Seorang peniaga daging cedera parah akibat ditembak berhampiran Pasar Besar Kajang pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi ketika mangsa dalam perjalanan ke premis perniagaannya.
Kejadian berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Abdul Ghani Abdullah 50 tahun ketika baru memarkirkan kereta jenis Mercedez Benz miliknya berhampiran Metro Point.
Rebah ditepi jalan
Mangsa ketika itu sedang berjalan menuju ke pasar berkenaan.
Bagaimanapun mangsa rebah di tepi jalan sebaik terkena dua das tembakan di bahu kiri dan telinga kanannya.
Kejadian itu menimbulkan suasana panik di lokasi kejadian.
Orang ramai yang melihat mangsa terbaring berlumuran darah terus memberi bantuan. Mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP AB Rashid AB Wahab berkata mangsa berusia 50 tahun ditembak dari jarak lebih kurang 10 meter.
MKL Crimedesk | Taukeh Daging Kena Tembak
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
9:04 PM
Rating:

No comments: