23 Julai 2014 - Putrajaya, Wilayah Persekutuan. 6 dari 10 Imam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dihantar ke Kalkeive selamat tiba di Amsterdam selama bagi tujuan pengurusan jenazah. Bagaimanapun, sehingga kini pasukan yang diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya Abdul Manaf Mat tidak dapat melakukan sebarang tindakan berikutan mayat mangsa belum dikenalpasti.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya diberitahu seramai 21 dari 44 warga Malaysia yang terlibat dalam tragedi itu beragama Islam. Sembahyang sunat ghaib ke atas jenazah beragama Islam juga akan dilakukan selepas mayat selesai dimandi dan dikafankan oleh petugas JAKIM.
Sembahyang Ghaib
Jelasnya, selagi belum dikenalpasti dan dimandi serta dikafankan, tidak boleh mengadakan sembahyang ghaib terhadap jenazah Islam, perlu menanti khabar petugas yang dihantar ke sana.
"Jadi di sana kita akan tunggu forensik dan juga DNA yang dibuat oleh semua negara yang terlibat termasuk negara kita Malaysia di situ akan ditentukan jenazah mayat mana Islam dan yang bukan Islam, kita akan urus mana yang Islam Malaysia sahaja kecuali diminta oleh negara-negara lain mana bagi warganegara mereka yang Islam contohnya Indonesia dan sebagainya, jadi kita fokus kepada Malaysia yang telah diberitahu ada 21 jenazah Islam. Kita berharap kesemua yang terlibat dengan nahas ini akan ada dan di bawa ke Amsterdam," jelas Datuk Othman.
Beliau mengulas demikian ketika menghadiri majlis Tautan Muhabbah dan Penghayatan Ramadhan Saudara Muslim di Restoran Shahrin Low Putrajaya semalam.
Menanti Proses DNA
Katanya, kerajaan juga bercadang untuk menempatkan kesemua mangsa terlibat disemadikan di satu kawasan yang sama di Putrajaya yang berasingan mengikut agama.
"Kecuali kalau mereka tidak nak bawa balik jenazah berkenaan, Kerajaan akan sediakan tempat di Putrajaya satu kawasan yang kita juga telah berbincang dengan pihak Perbadanan untuk menempatkan satu tempat Islam dan juga bukan Islam, kita akan buat secara terpisah tapi di tempat yang sama memudahkan bagi masyarakt ziarah dan berdoa," tambahnya lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas mahu semua mayat 44 warga Malaysia yang telah dikenalpasti dibawa pulang dan disemadikan di negara ini sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh Isnin ini. Namun ia bergantung kepada tempoh proses analisa DNA mangsa nahas.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine pada Khamis lepas.
Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak. Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 tengahari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, Sepang pada 6:10 pagi Jumaat.
JAKIM Uruskan Jenazah Mangsa MH17
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
3:25 PM
Rating:

No comments: