24 Julai 2014 - Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Pemilik sebuah kilang baju berdepan dengan kerugian ratusan ribu ringgit setelah premis terbabit musnah dalam kebakaran malam tadi. Seorang anggota bomba cedera melecur ketika operasi menyelamat.
37 Anggota Bomba dikerah ke lokasi kejadian
Kejadian di Desa Tun Razak itu berlaku jam 10.30 malam. Difahamkan ketika kejadian, premis tidak beroperasi. 3 buah jentera dengan kekuatan 37 anggota dari balai bomba dan penyelamat Tun Razak, Sungai Besi dan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Api marak mengakibatkan bumbung tingkat 2 premis runtuh. Bagaimanapun, premis yang dipenuhi baju bahan mudah terbakar antara punca kebakaran sukar dikawal," kata Tuan Azizan Ismail, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur di tempat kejadian.
Api berjaya dikawal sepenuhnya sejam kemudian. Premis dengan keluasan kebakaran 100 kaki persegi musnah 100 peratus. Unit forensik bomba turut diarahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian. Anggaran kerugian sebenar masih disiasat.
Kilang Kain di Bandar Tun Razak Terbakar
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
3:15 PM
Rating:

No comments: